KUALA LUMPUR 4 Sept. – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan RM78,000 untuk diagihkan kepada 13 buah negeri bagi melaksanakan ibadah korban.
RISDA dalam satu kenyataan memberitahu, seperti tahun-tahun sebelum ini pengurusan di negeri-negeri melaksanakan ibadah korban pada tarikh dan masa mengikut kesesuaian mereka.
“Pada hari ini Ibu pejabat RISDA telah mengadakan majlis ibadah korban di Bangi dan telah menyembelih 13 ekor lembu yang disumbangkan pelbagai pihak. Majlis tersebut turut dihadiri, Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Ahmad Shabri Zainuddin Wan Mohamad.
“Lembu tersebut telah disumbangkan oleh syarikat-syarikat milik RISDA antaranya Espek Livestock Sdn. Bhd., Espek Plantation Sdn. Bhd., RISDA Fleet Sdn. Bhd., RISDA Holdings Sdn. Bhd. dan Permodalan RISDA Berhad,” katanya.
Tambah beliau, seramai 27 kakitangan Ibu pejabat RISDA termasuk Sinergi Perdana Sdn. Bhd., Koperasi Anggota RISDA Malaysia Berhad (KARISMA) serta pesara telah mengambil bahagian sebagai peserta korban.
“Bagi syarikat milikan RISDA, 56 orang telah dikenal pasti sebagai penerima bahagian korban manakala tujuh bahagian pula dihadiahkan kepada kakitangan yang layak dan menepati kriteria yang ditetapkan.
“Sumbangan
turut diberikan kepada kakitangan dari kumpulan sokongan iaitu pemandu
dan pembantu am rendah. Kita turut meraikan anak yatim dan pelajar
tahfiz yang berada di kawasan berkenaan,” katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/risda-laksana-ibadah-korban-1.522930#ixzz5h6Df2hn5
© Utusan Melayu (M) Bhd