Peluang Kerjaya Bersama RISDA Livestock
PENGURUS
Gred : Pengurus Gred 4 (PG4)
Tangga Gaji : RM2,931.00 – RM7,576.80
Taraf : Kontrak
Kekosongan : 1 jawatan (Jabatan Operasi / Ibu pejabat )
Kelayakan dan pengalaman:
- Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 21 tahun.
- Sekurang-kurangnya memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Sains Peternakan) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya.
- Pengalaman di bidang pengurusan ternakan sekurang-kurangnya 2 tahun.
EKSEKUTIF
Gred : Eksekutif Gred 4 (EG4)
Tangga Gaji : RM1,842.00 – RM4,866.40
Taraf : Kontrak
Kekosongan : 3 jawatan ( Zon Selatan, Tengah & Utara)
Kelayakan dan pengalaman :
- Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 21 tahun.
- Sekurang-kurangnya memiliki Diploma Ternakan Ruminan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya.
- Mempunyai lesen kenderaan kelas B2 dan D.
- Pengalaman di bidang ternakan ruminan sekurang-kurangnya 2 tahun.
- Mampu berkerja di bahawan pengawasan minima.
KERANI
Gred : Kerani GRED 3 (KG3)
Tangga Gaji : RM1,500.00 – RM3,053.60
Taraf : Kontrak
Kekosongan : 1 jawatan ( Zon Tengah)
Kelayakan dan pengalaman :
- Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 21 tahun.
- Sekurang-kurangya lulus SPM/SPMV.
- Calon yang memiliki Diploma adalah satu kelebihan.
- Mempunyai pengetahuan dan boleh menggunakan perisian Ms Office.
Cara Memohon
1. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat di RISDA atau kumpulan RISDA Holdings perlu dibuat melalui Ketua Pusat Tanggungjawab masing-masing.
2. Sila emailkan permohonan jawatan beserta resume, salinan sijil yang berkaitan dan gambar pasport anda ke admin@risdalivestock.com atau permohonan secara bertulis dengan manyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat permohonan dan dialamatkan ke:
WAKIL KORPORAT
RISDA Livestock Sdn. Bhd.
No. 39-2, Tingkat 2,
RISDA ESTATES 2,
Jalan Sulaiman 3,
Taman Putra Sulaiman,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di: 03-4270 6939
Tarikh tutup: 5 April 2024
PERHATIAN :
Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat akan ditolak. Hanya calon-calon yang ditapis senarai sahaja yang akan dipanggil temuduga.