Piagam Pelanggan


Mengusahakan integrasi ternakan lembu dalam ladang sawit dengan kos penjagaan tidak melebihi RM250 seekor setahun, kadar kelahiran tidak kurang dari 70% setahun dan kematian kurang dari 3% setahun.

icons8-rocket-36

Visi

Menjadi peneraju utama dalam industri penternakan lembu pedaging di Malaysia.
icons8-goal-36

Misi

Mengoptimum penggunaan sumber melalui penternakan lembu secara integrasi di ladang sawit, menguasai teknologi terkini dalam pemeliharaan lembu fidlot bagi penghasilan lembu berkualiti dan terlibat dalam aktiviti huluan dan hiliran di dalam rantaian bekalan industri daging bagi kelestarian syarikat.

Mengenai Kami


RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB) adalah sebuah Syarikat Milikan RISDA (SMR) melalui pegangan saham oleh RISDA Estates Sdn. Bhd.

RLSB yang telah hampir 20 tahun berkecimpung dalam industri penternakan negara adalah pengasas pengurusan ternakan secara integrasi yang utama dalam Malaysia. Pengurusan yang di gabungkan dengan pengurusan ladang untuk menghasilkan baka lembu yang bermutu dan menjadi nadi pengeluar terunggul baka lembu di Malaysia.

RLSB  mula beroperasi pada tahun 1999 dengan teras perniagaan yang meliputi ternakan lembu secara integrasi sawit di ladang-ladang RISDA. Ternakan diternak di ladang RISDA  kini berjumlah 10,000 ekor dijangka dapat mengeluarkan 2500 ekor ternakan bermutu tinggi kepada pasaran ruminan negara.

Kini, RLSB mengorak langkah dalam memajukan perniagaan dengan pengeluaran produk hiliran berasaskan daging berjenama Chekoley. Produk Chekoley akan dipasarkan di  pelbagai rangkaian pasaraya tempatan serta di eksport ke luar negara khususnya di Timur Tengah.

Objektif


a.  Menternak 10,000 ekor lembu secara integrasi dengan 6,000 ekor induk produktif di ladang.

b.  Mengeluarkan 6,000 ekor lembu fidlot yang berkualiti setahun.

c.  Mengeluarkan 3,000 metrik tan baja organik ruminan setahun.

d.  Meningkatkan daya saing bagi menguasai segmen hiliran pasaran dalam industri- kedai daging, makanan ternakan dan pengeluaran hasil daging seperti daging perap, sosej, bebola daging dan lain-lain.

e.  Mengeluarkan mineral blok berkualiti tinggi untuk kegunaan industri ternakan temapatan.